Pages

May 31, 2012

Pemilik Nama Izara Aishah


Aku mula meminati lakonan Izara Aishah apabila beliau membawa watak Zara dalam Vanilla Coklat. Aku memang tertarik dengan cara beliau berlakon. Mari kita kenali beliau dengan lebih dekat lagi.

Biodata

Nama Penuh: Izara Aishah Hisham
Umur: 20 tahun
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010

Sekolah: SK Seafield 3, SK Bukit Indah, SMK Cochrane, SMK Seri Hartamas, Sunway University College

Drama: Kasih Najiha, Keranamu Laila, Vanilla Coklat, , Jejaka J, Soffiya, Amukan Pocong, Friday I'm In Love, Naziha

Telefilem: Hantu Gigi, Selumbar Kasih, Cikaro, Pusing Beraya, Masih Membara Cintaku, Di Sini Bermula, Alamak 7 Hari Lagi

Filem: KL Zombie (coming soon)

Sitcom: Oh My English

Twitter: @izaraAishah
Facebook: Izara Aishah




Jom kita layan 



Apa yang aku perasan, Izara ni minat lagu-lagu Bollywood



May 19, 2012

Petua Masuk Rumah Baru



Azan 


Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.


Baca Surah Al-Baqarah 



Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."


Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran 



Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)


Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas



 Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

May 18, 2012

DNC 1st GIVEAWAY


Assalamualaikum
De Nafza Collection mengadakan 1st Giveaway.
Mereka turut mempunyai laman web iaitu http://denazfaonline.com/ yang mana menjual barang-barang  bayi yang comel-comel.
Hadiah tersebut sesuai untuk baby
Tempoh GA ni adalah selama sebulan iaitu bermula 14 May 2012 hingga 14 Jun 2012

May 13, 2012

Kembara Mahkota Johor 2012


Kalau ikutkan dahulu, aku paling suka sambut Kembara Mahkota Johor ni. Yang Paling best, Sultan tidak akan tak singgah ke kampung aku. Dan yang paling best dapat salam dengan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor.

Sambutan yang diberikan amatlah meriah. Penduduk kampung aku sanggup tunggu tengah-tengah panas hanya kerana menunggu ketibaan Tuanku Sultan. 

Hanya perasaan gembira yang aku dapat gambarkan bila dapat berdepan dengan Tuanku Sultan sendiri. Kalau ikutkan bukan mudah kita nak berjumpa dengan kerabat diraja tetapi melalui program ini, rakyat Johor dapat mendekatkan diri dengan Sultan Johor. 

Pernah sekali aku sanggup beratur di hadapan, tangan dihulur salam bersambut. Lepas itu, aku pergi ke bahagian belakang pulak. Dan sekali lagi, tangan dihulur salam bersambut. Seronok rasa dapat bersalam dengan Sultan.

Antara laluan yang bakal dilalui oleh Sultan Johor



Hari Pertama Perasmian di Kulaijaya

credit to: Zulkarnain Ahmad Tajuddin bharian
Daulat Tuanku!

May 9, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...