Pages

Dec 12, 2011

Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita


1. Gunakan Jari Anda - Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut bagi meleraikan rambut kusut dan berpintal. Jika anda amalkan begini, ia akan memberi kesan positif pada rambut anda dan mampu mengurangkan pengguguran rambut.


2. Berus Rambut Anda Selalu - Ada juga wanita yang khuatir menyikat rambut selalu kerana percaya ia akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, ia akan bertambah sihat. Jika anda berambut panjang, anda disarankan menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian, berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.
Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaik-baiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan ini yang akan memudahkan rambut anda gugur.


3. Jangan Lupa Sikat Rambut - Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.


4. Keringkan Rambut - Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal sedikit, namun ia baik untuk rambut panjang.


5. Pilih Syampu Yang Terbaik - Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.


6. Peka dengan Keadaan Sekeliling - Lindungilah rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut anda dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Anda juga boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Nov 4, 2011

SUPRISE!!!

haa, cantek tak??ad rase terliur??

Haa, ni yang aku nak cerita malam ini.
Kek yang kat atas tu membe bek aku belanje tapi gune duit mak dia la haha
Takpe la gune duit sape pun janji orang tu ikhlas
Tapi aku memang tak jangka sume ni. Tak sangka kawan aku ni beli kek, siap pasang lilin lagi
Mula-mula tu muncul kat pintu umah panggil nama aku
Terkejut la kan dan secara spontan terus la bukak pintu
Tup tup je 'che da!'
Aku pun 'Woi' la balik kat dia. Terkejut kan
Lepas tu aku gelak sakan la.
Aku ingat dia datang nak anta guni bawang tapi bawak kek
Dah penat gelak, dia pun suruh la tiup lilin
Dah tiup tu mestilah kene potong kek kan eceh ceh


konon potong kek hikhik

Dah potong kite MAKAN la. Bab tu memang feveret aku.
Makan kan, bukan susah mane. Masuk mulut, kunyah, telan. Siap hehe

selepas makan ad belen lg
Ape-ape pun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat sahabat aku yang sorang ni.
Sudi beli kek bagai huhu
THANKS SAHABAT!! <3


Oct 30, 2011

Nobuta wo Produce



Genre: Drama
Country: Jepun
Skrip: Gen Shiraiwa & Izumi Kizarawa
Pengarah: Hitoshi Iwamoto & Noriko Sakuma
Pelakon: Kazuya Kamenashi, Tomohisa Yamashita, Maki Horikita
Format : 10 episode
Tahun: 2005
Sinopsis: 
Nobuta wo Produce merupakan sebuah cerita Jepun yang ditayangkan pada 2005. Cerita ini bermula apabila Kiritani Shuji   dan  Kusano Akira  cuba menjadikan Nobuko Kotani yang pemalu kepada seorang yang popular..

Komen:
Pada aku cerita ini memang menarik. Yamapi yang membawa watak Akira sungguh melucukan yang mana Akira banyak menceriakan cerita ini. Manakala Kame yang memebawa watak Shuji adalah sempurna. Shuji merasakan populariti dan persahabatan adalah penting walaupun dia banyak bersikap hipokrit pada diri sendiri. Maki Horikita pula membawa watak dengan cukup sempurna. Nobuka yang selesa dipanggil dengan nama Nobuta setelah mereka bertiga bersetuju menjadikan Nobuta seorang yang selalu dibuli kepada seorang yang popular di sekolah..Paling aku suka ialah waktu apabila Nobuta mencari kenyakinan dengan "Nobuta Power Enter".. That was cute..

Soundtrack: Seisun Amigo (Youthful Freinds) by Shuji to Akira (OST nod bad...dengar kali pertama terus lekat)




Kazuya Kamenashi as Kiritani Shuji

Maki Horikita as Nobuko Kotani

Tohohisa Yamashita as Kusano Akira




Oct 23, 2011

westlife bakal dibubarkan??



sedih.. sedih.. sedih..
satu kejutan bagi peminat-peminat westlife terutamanya aku..tak sangka pada tahun hadapan kumpulan yang popular dengan lagu 'Flying Without Wings' ini akan dibubarkan

hati ini terasa pedih, sedih..
rase tak dapat nak terima..ini la satu-satunya kumpulan yang berjaya menarik perhatian aku mase kecil..
lagu diorang memang best gile..

ini merupakan apa yang mereka post di official website diorang


After 14 Years...

After 14 years, 26 top ten hits including 14 number one singles, 11 top 5 albums, 7 of which hit the top spot and have collectively sold over 44 million copies around the world, 10 sell out tours and countless memories that we will forever cherish, we today announce our plan to go our separate ways after a greatest hits collection this Christmas and a farewell tour next year. The decision is entirely amicable and after spending all of our adult life together so far, we want to have a well-earned break and look at new ventures. We see the greatest hits collection and the farewell tour as the perfect way to celebrate our incredible career along with our fans. We are really looking forward to getting out on the tour and seeing our fans one last time.

Over the years Westlife has become so much more to us than just a band. Westlife are a family. We would like to thank our fans who have been with us on this amazing journey and are part of our family too. We never imagined when we started out in 1998 that 14 years later we would still be recording, touring and having hits together. It has been a dream come true for all of us.

Kian, Mark, Nicky and Shane 




walaupun mereka akan berpisah tetapi aku tetap mengikuti perkembangan dan menyokong kerjaya seni mereka. 

May 8, 2011

kreatif ke?

salam sayang
hari ini merupakan hari kedua aku join kelas
mesti korang pelik kan
yela, takkan la cuti-cuti sem ni aku masih pergi kelas kan
haa, sebenarnya kau masuk kelas adobe photoshop
tapi kalau nak dipikirkan balik
aku banyak hadap facebook adalah
tetapi kerja aku masih tetap dapat disiapkan

di bawah merupakan hasil kerja aku yang terbaik yang pernah aku lakukan
sepanjang aku belajar dalam kelas ni
okay kan gambar yang telah siap di edit
walaupun korang bole nampak ada 
sedikit kecacatan di situ tapi
aku menganggap ia sebagai satu permulaan 
dalam memahirkan diri aku tentang sofware ni

aku buat ni khas untuk sahabat-sahabat kesayangan aku di GGM


first punye

2nd ye ttbe trus jd

gambar ni aku wat profile picture

yang ni pun aku suke

Apr 18, 2011

Google nak hapuskan blog??

ohh, tajuk di atas tu nak buat gempak je sebenarnya
sebenarnya google nak hapuskan blog yang tidak menggunakan akaun google
sebagai blogger-blogger yang log in menggunakan akaun selain gmail contoh YAHOO
haa, sebagai langkah berjaga-jaga baik korang tukar ye akaun

1. create akaun gmail
    bagi yang dah ada tak perlu la. bagi yang belum ada create dulu satu akaun. cth YAHOO

2. sign in blog anda seperti biasa.
    pergi Setting > Permission > Add Author > masukkan email gmail > Invite

3. login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan.
    ada notis ' To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here'.
    klik 'here' dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. logout akaun gmail tadi dan login dengan menggunakan account email yang tadi (YAHOO)

5. pergi Setting > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. klik grant admin privileges.

6. nickname dan email lama boleh la di remove dan blog tersebut menggunakan accout gmail sepenuhnya.

maklumat lanjut klik kat bawah ni ye..cuma menyampaikan maklumat..
::.sumber[klikhere].::

TERUJA-TERUJA-TERUJA !!!!!!!

aduhhh..
debar weii
nak tunggu hari ni lagi berdebar dari
nak jawab exam
haha
pelik lagi tak patut kan
sepatutnya exam la yang paling mendebarkan
tapi masalahnya exam jatuh temapt ke-2
apa tempat pertama??

haa, mestila PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011 di PWTC
nak pergi, nak pergi, nak pergi sangat-sangat-sangat-sangat- dan- sangat
tak pernah lagi kaki ku ini menjejakkan lagi kat pesta buku ni
kira impian aku jugak la nak jejak dan tinggalkan kesan tapak kasut aku kat sana

aduh, kalau sapai kat sana
YA ALLAH terujanya..
mesti rasa nak borong je semua buku-buku kat sana
ha, lagi satu aku nak jumpa penulis kesanyangan aku
siapa lagi, mesti la RAMLEE AWANG MURSHID
kedatangan beliau hanya pada 30 dan 1hb sahaja
em, 30 aku ada exam untuk paper akhir
mungkin 1hb aku sampai di sana
tapi masalahnya..
masalah lagi
yela, sape nak teman aku pergi sana
takkan sorang-sorang kot
tak berani den huhu
sadis-sadis

jadual penulis-penulis yang bakal hadir

sape nak diskaun boleh print ni [klik sini]





Apr 13, 2011

CONGRATE!!!!

haa, firstly la kan aku gembira sangat hari ni
nak tau nape???
sebab coursemate aku selamat melahirkan anak
baby boy
tembam macam mama ye ehehe
nama baby boy tu Muhammad Rayyan Uqail
dilahirkan degan berat 3.68kg
berat kan
comel budak tu

comey kn

semoga baby boy sihat sentiasa
dan bila besar nanti jadi anak yang soleh ye..

Apr 10, 2011

semalam dalam sejarah....


assalamualaikum semua...
lama tak mencoretkan kata di sini
pagi buta ni, sedang embun jantan keluar dengan galaknya
sebelum aku menidurkan diri ini
aku nak cerita sedikit tentang kejadian semalam
semalam tu tak lama baru je berlaku

dimudahkan la, ceritanya bermula macam ni
pada tanggal 9/4/2011 aku, mar, aten, n junior aku pergi
menonton teater buat kedua kalinya
teater ni tajuknya 'Alang Rentak Seribu'
gila kelakar teater ni
dari awal sampai akhir gelak sakan je tapi disebabkan aku dah tengok sebelum tu
aku tau la kisahnya cuma pada malam ni ada sedikit perubahan

jadi, hari ini mula lambat sikit
so, korang tau-tau la kan
kalau dah mula lambat mesti habis lambat
teater ni abes pn dah dekat 11 malam
jalan nak ke Pintu Timur dekat 10 minit
keluar-keluar je tengok ramai budak-budak yang sekolej dengan aku
berduyun-duyun jalan
kali ni pun blur la kan
yela baru keluar kampus bukan tahu ape-ape

nak dijadikan cerita kami dapat tahu yang bus untuk balik ke kolej malam ni tak ada
ahh...sudah. kami dah pening
nak jalan kaki kami ni berempat je
takut la jugak kan jadi ingat nak gune teksi sapu
malas pulak. tetibe je muncul kawan mar
bincang punye bincang kami setuju la kan nak berjalan
dari Selangor menuju ke Perak
jauh tu beb dah la malam-malam buta
selamat ada jugak lelaki dalam kumpulan kami berenam ni
naseb baik. fuhhh

ni haa, first time dalam sejarah hidup kami di UPSI
terpaksa balik jalan kaki ke kolej
memang sebelum ni tak ada orang yang buat
sebab keadaan jalan raya yang agak sibuk walaupun malam
kenderaan laju, lori pulak beso-beso
seram weiii jalan kat jalan raya tu

sesungguhnya hari semalam merupakan sejaraj
yang tercatat dalam hidup kami
pikir-pikir balik lawak pun ada
hahaha syok jugak jalan malam-malam ni

ok la, mate udah ngantuk ni
mau ngorok...
selamat malam =))

Apr 7, 2011

Rupa Kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

Apr 2, 2011

Perut Pemimpin Yang Kita Cari



Suatu ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjamaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah SAW di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi Baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.
Selepas solat, Umar RA yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau yang serta-merta beliau sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah SAW tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, Alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan?” .”Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah SAW tetap tersenyum.
Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja” beliau rasakan sudah tidak cukup lagi, Rasulullah SAW mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat. Kelihatan perut Baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.
“Ya Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika engkau mengatakan sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”
Beliau menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”
Beliau mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”
Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat beliau terdiam seketika ,ada yang ,menangis teresak terharu.
Mahasuci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana Baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dari-Nya.

Apr 1, 2011

air mata bukan untuk menangis

 1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.  

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.  

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam mengawal sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata. 

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata. 

5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi. 

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi. 

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

so, lepas-lepas ni jangan segan-segan untuk menangis ye..
kita menangis bersebab dan ada sebab juga kenapa Allah ciptakan air mata..

Mar 28, 2011

hikmah makan menggunakan tangan

Memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak:
"Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan".

Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

Cara makan,

1. kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan
kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah -
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun
ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -
- Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
- Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.
Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
- Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Sumber : Blogger
-ALS

Mar 27, 2011

tergeliat tak lidah korang

lagu ni aku nyanyikan bila orientasi ka UPSI ni...
mula-mula blur je pastu bile diberi tunjuk ajar oleh senior-senior, baru bole nyanyi
aku pasti korang mesti tau lagu ni kan
tapi lagu ni ada trick dia
kita nyanyi dulu baru aku bagitau trick dia ye
sape yang rase-rase dah tau tu buat-buat la tak tahu heee
jom nyanyi

ada sang ulat bulu,
punya kaki seribu,
siapa jumpa kakiku, kakiku,
jikalau ku tak dapat,
terpaksa ku melonpat,
dengan kaki seribu kurang satu.


haa, dah siap kan nyanyi...
ok, ini trick dia
korang tukar huruf vokal yang ada kat setiap ayat kepada
a, e, i, o, u
faham tak???
tak faham...
ok aku terangkan

contohla aku guna ayat ni ye
ada sang ulat bulu, ---> ede seng elet bele
dan seterusnya la
korang sambung sendiri ye
haa, dah faham kan..
sekarang korang cuba dengan huruf vokal lain..

selamat mencuba..

Mar 22, 2011

50 Gambar Cantik Supermoon Seluruh Dunia (19/3/2011)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...