Pages

Jan 31, 2011

flood

oh tidak!!!!
hujan tak berhenti-henti ni..seperti mahu banjir je..
alamat la. dari semalam hujan je
berterusan tanpa henti..
macam mana ni
mak aku sebelum pergi kerja dah prepare awal-awal
bawa baju lebih, charger
sebagai persediaan jika terkandas jika jalan ke rumah kau di naiki air.

susah ye aku la, bila mak kau tiada di rumah
tak best r..x seronok..
kalau dah berhari-hari hujan,
bandar Kota Tinggi mesti naik air
kadang-kadang, hujan 2 jam je air dah bertakung depan gedung
lagikan pula cuaca yang macam ni
nampak gaya mak aku tak balik la ari ni
huhuhu

jangan Kota Tinggi ni naik air macam tahun 2006 lalu
habis satu kota lumpuh.
nasib baik masa tu aku dah tamat sekolah
kalau tak naik-naik sekolah mesti kene bersihkan
gotong-royong sana-sini
ish, tak mahu la

mudah-mudahan hujan ini akan reda
mase aku menulis ni pun, agak reda hujan
tak berapa nak lebat
harap-harap berterusan seperti ini.

.::.kesian rumah yang kene banjir.::.

Jan 25, 2011

katak o katak


aku rase macam nak gelak kalau aku tulis pasal entry kali ni
aku pun tak tau nape
tapi hati ini berasa sangat seronok
::nak gelak jap hahaha::
ok, puas dah gelak

aku sebenarnya tak tau la sejak bile aku mula suka dengan
sekor binatang ni namanya KATAK
cuba korang eja K.A.T.A.K
haa, aku tau mesti ada yang geli
dengar nama je dah lari lintang-pukang
ada jugak yang terus jerit hahaha

aku dari kecik memang tak takut dengan MR.K
aku pegang pun rileks je
tak rase ape-ape tapi hati-hati bile pegang MR.K ni
tak semua MR.K itu tidak merbahaya
ada jenis MR.K tu kulit dia ada racun
haa, kadang-kadang tu MR.K tu akan kencing merata-rata
ikut suka dia la dan dengar cerita
jika terkena kencing MR.K tersebut
boleh menyebabkan mata kita jadi rabun dan yang paling teruk sekali mungkin buta
 kebanyakan spesis MR.K tedapat di kawasan hutan hujan tropika

percambahan minat aku terhadap MR.K ni apabila
ia menjadi satu idea untuk mem'prank'an sahabat baik aku sempena hari lahirnya
disebabkan dia ni tak suka akan MR.K
jadi aku ditugaskan untuk mencari
tetapi malangnya tidak berjumpa
memang sungguh bernasib baik kawan aku ni hehe
sekarang ni aku tengok MR.K tu comel-comel belaka
tapi bukan MR.K yang jenis menggerutu tu
aku suka yang jenis besar-besar
macam dalam cerita PUTERA KATAK
yang jenis cam tu best

aku dapat merasakan ada yang kegelian bila baca pasal ni hehe

Jan 23, 2011

pelik ke??

pelik ke bagi seorang perempuan berbaju kurung ketika membeli -belah???

pelik ke bagi seorang perempuan berjalan ke sana-sini dengan memakai baju kurung??

tak pelik kan.

Tapi kenapa ada sahaja yang memandang dengan muka yang pelik-pelik

lepas itu, seakan-akan bercakap mengenai kami.

bukanlah nak buruk sangka kat orang lain tapi bile dah cakap tu pandang-pandang muka kita

memang nampak sangat la dia tu bercakap pasal diri kite

ye tak. bengang betul aku dengan orang tu

ish......

biarla kami nak pakai baju ape pun

nampak sopan ape

bukan ke baju kurung baju kebangsaan orang Melayu

bangga la sikit kalo pakai baju kurung tu

baju tu kan warisan budaya bangsa kita

jadi kita seharusnya memartabatkan warisan budaya kita

rase macam skema la plak hihi

p/s: lepas ni kalo ke KL berbaju kurung, wat don't no...lantak la ape orang kate

Jan 20, 2011

blog paling comel???

haa, ni first time aku di tag
itupun naseb baik aku bace entry membe blog aku
kalo tak, aku pun tak tahu menahu pasal ni
aku cuba la ye...


credit untuk c'su sebab tag aku
contest ni originally daripada nurul nabiela 
so, aku join je la



syarat-syaratnya

~warga negara MALAYSIA~ .

~ semua jantina diterima~

~ ada blog! takder blog .. ditolak ! ~

~ kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)~

~tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join~





ok, i have done my job...

cara install background

entry kali ini berkaitan tentang cara nak install background
aku post pun sebab kawan aku  bertanya macam mana nak wat header kite tu berada di tengah-tengah
apa yang akan aku letak ni aku cume copy and paste dari laman blog lain...
just sharing ilmu...

HOW TO INSTALL A BACKGROUND:
  • WITH THE NEW BLOGGER TEMPLATES [using Blogger's Template Designer]: "Picture Window" (blue square) or "Awesome Inc" or "Travel" . (the background code DOES NOT go in your HTML template code).

  • WITH THE OLD BLOGGER TEMPLATES (launched 2006): You can still find"Minima White" if you go to your "Design" TAB > "Edit HTML" > scroll down to "Old Templates" > "Select Layout Template" > "Minima White".

  1. Choose a background.
  2. Copy all of the Background's code.
  3. Go to your "Design" TAB. (not the "Template Designer"- if you're in the TD, hit the "back to Blogger" button (in the top right corner) and you'll return to your Blogger Dashboard "Add and Arrange Page Elements" area on the "Design" tab which is where you can add your cute and fun FREE background from this site (and add headers and other gadgets)
  4. Click "Page Elements".
  5. Click "Add a Gadget".
  6. Choose to add an "HTML/Javascript" gadget.
  7. Paste your Dotty Dot Dot background code in that dialogue box.
  8. After you save it, you may move that box wherever you like in your Layout tab (even to the bottom) - and it should be easy to remove by clicking "edit" on the gadget box containing the code.
  9. Ta-Da! You have a new background!
*** AGAIN, let me reiterate that the background should be installed as a gadget under "Layout" > "Add a Gadget" > "HTML/JavaScript". It SHOULD NOT not affect any of the other widgets, and it should be easily removable. My backgrounds sit on top of an existing template (they work best with "Minima White" ---> "Picture Window" (blue square) or"Awesome Inc"). If you've inserted my background code into your template code you may have to reset your template and start from square one. ***

(If the pictures appear fuzzy on this page, it's because I compressed them in these blog posts. It will not be fuzzy when you add it to your site.)

HOW TO INSTALL A HEADER:
Some of the backgrounds have matching Headers (if they do, you'll see them right there in the same post body). Here's how to use them:

  1. Click on the Header to get it Full-Sized in a new window.
  2. Right Click on the Picture.
  3. Save it to Your Computer.
  4. Use a picture editing program (like Photoshop) to add your personal touch.
  5. In Layout, click "Edit" in the "Configure Header" Box. (At the top..under the Navbar, above all the other boxes).
  6. Unclick "shrink to fit" when uploading a "stylized header" (they are .PNG). The rectangle headers (.JPG) may be shrunk to fit just fine, if needed.
  7. Upload the Header!

The headers are different sizes for 2-Column and 3-Column layouts

  • 2-Column Headers are 660px wide
  • 3-Column Headers are 940px wide

done!!!

Jan 18, 2011

KENAPA NI???


aishhh...
nape la aku ari ni.
rase macam tak sihat je.
seperti tanda-tanda untuk demam

mula-mula kau batuk-batuk malam semalam selepas mandi
aku ingat batuk biasa saje tp bila bangun esok pagi masih jugak batuk
masuk kelas pun suara aku sorang je yang dengar terbatuk-batuk
membe aku ada gak batuk tp tak ada la bunyi teruk macam aku

haa, pastu mula la kepala ni pening-pening
aku tak dapat nak fokus sangat bila dalam kelas tadi

balik je rumah aku ingat nak tido tapi bile pikir perut dah mula nyanyi lagu keroncong
baik aku makan dulu, boleh la tido dengan nyenyak lepas ni
pas makan tu baring la, bukak laptop, facebook then bukak tonton nak cari cerita wat peneman tido

akhirnya bile dah 1 jam lebih baru la rase ngantok 
tido dengan berselubung dengan selimut
sejuk beb hehe
malas pulak nak makan ubat
tak suka

then aku tersedar mesej sampai
membe aku ajak pergi joging, rase macam malas tapi bosan la pulak
so, aku ikut je la
mase jogging tu ok la tapi bile lepas jogging pening aku datang balik
tapi aku wat tak tau je sampai la sekarang
hehe

apa pendapat korang??
agak-agak kene makan tak ubat
bile cerita dengan si dia mesti aku di suruh makan ubat
tak pela, biarkan dulu macam mane

ok, sayonara =))

cerita kami

assalamualaikum...

aku cume nak share kat sini tentang blog yang baru sahaja kami cipta..
blog ini telah dicipta oleh suriana aka c'su atas permintaan ramai

blog ini sebenarnya dicipta untuk meng'ekpresi'kan perasaan kami terhadap persahabatan
kami yang tercipta hampir 2 sem atau lebih tepat lagi hampir setahun rasanya
aku sayang persahabatan kami ni..



kami semua ni jenis yang gila-gila
bila dah berjumpa mesti dah tak ingat orang sekeliling
maik aih, bising gile
orang mesti pelik sebab bile kami dah berkumpul macam-macam cerita akan timbul
seronok sangat

so, kalau nak tengaok blog kami tu sila la klik sini ye

Jan 17, 2011

SAKIT HATI

sakit hati aku bermula malam tadi sebelum aku nak masuk tidur setelah penat berjalan mengelilingi KHAR atau lebih tepat lagi tawaf satu KHAR ni mungkin lebih dari 7 kali kot. Penat beb jalan-jalan kat sini walaupun KHAR ni kecik je, tak ade la besar mane kan...

Aku pusing-pusing KHAR ni pun bersebab, NAk tau tau sebabnya???mesti la disebabkan berlangsungnya Karnival Insaniah Bestari (KARIB). Haaa, kat sini ada jual- jual, macam-macam la yang dijual. Dari makan hingga la pakaian. Sebelum itu aku bersama geng-geng aku sempat la tengok persembahan AMAR dengan kepandaian dia bermain silap mata. Terpegun gak,. Seronok beb.. hehe

Berbalik pada cerita asal. Penghuni hadapan rumah aku ni boleh pulak buat bising malam buta. kalau setakat 8 malam ke, 8 pagi ke boleh gak aku consider lagi. Ini tak, pkul 1PAGI bole memekak. Adoii, sakit hati beb. Akuapa lagi, jalankan tugas la. Naseb baik aku ni bakal cikgu kalau tidak lama dah aku menjerit. Cikgu mestilah kene tunjuk tauladan yang baik kan. So, aku just buat Shhhhhhhhhhhh!!!!!

Lepas tu, Tup!!tetiba je senyap bunyi radio dia tu...Haa, baru lega sikit pale otak aku..
Bole jugak tido dengan nyenyak..
terima kasih ye cikgu depan rumah...haha

Jan 16, 2011

BURUNG JATUH DARI LANGIT TANDA KIAMAT??


PADA malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).
Dianggarkan lebih 5,000 burung hitam bersayap merah jatuh dari langit dan bertaburan di atas jalan, bumbung dan halaman rumah di kawasan seluas 731 meter persegi. Di sesetengah kawasan, tanah bertukar menjadi gelap.
Penduduk setempat yang keluar untuk menikmati pancaran bunga api dan meraikan kedatangan tahun 2011, panik dengan apa yang berlaku dan bergegas memasuki kediaman masing-masing apabila haiwan bertubuh kecil itu mula jatuh di sekeliling mereka.
Ada bangkai yang jatuh mengenai seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya manakala seorang lagi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri.
Seorang penduduk tempatan, Shane Roberts berkata, ia berbunyi seperti hujan batu yang sangat dahsyat di atas bumbung rumahnya.
"Apabila saya keluar, alangkah terkejutnya apabila melihat ketulan-ketulan hitam bertaburan. Apabila saya pergi lebih dekat, ia adalah bangkai burung," katanya yang menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang aneh.
Sementara itu, Penyelia Jabatan Jalan bandar berkenaan, Milton McCullar berkata, ia seperti adegan dalam filem Alfred Hitchcock di mana semua lampu di papan suis kecemasan menyala dan semua orang berada dalam situasi yang mencemaskan.

Kiamat
"Ada penduduk yang panik dan beranggapan dunia hampir kiamat," ujar Ketua Polis tempatan, Ellie Cullum seperti dipetik Mail Online.
Kehadiran ribuan bangkai burung di kawasan kejiranan tersebut diterima sebagai misteri alam.
Namun, yang menjengkelkan penduduk setempat ialah apabila pekerja pembersih alam sekitar datang memakai sut kalis api, topi keledar dan topeng gas hanya untuk membuang bangkai burung.
Belum pun reda kes burung jatuh dari langit diperkatakan, pakar pengkaji haiwan di Arkansas bertambah bingung apabila lebih 100,000 bangkai ikan drum ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe.
Anehnya, hanya spesies ikan drum yang didapati mati sedangkan ikan spesies lain masih hidup.
Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?
Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut.
Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet.
Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico.
Walaupun ini bukan kali pertama AS berdepan dengan kematian spesies haiwan secara misteri, namun kali ini negara Uncle Sam itu gusar dengan apa yang terjadi.
Seorang pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, Dr. Andrew Goodwin berkata, perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.
"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.
Dalam laman-laman blog, perdebatan mengenai punca kematian haiwan tersebut juga semakin kerap diperbincangkan.
Kali ini ramai yang mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas itu ada kaitan dengan konspirasichemical trail atau jejak kimia yang sering terjadi di negeri itu.
Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam.
Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'.
Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca.
Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.
Dalam sebuah buku terbitan badan pengkaji sains dan angkasa AS, mereka menafikan adanya jejak kimia tersebut sebaliknya menyatakan ia adalah wap air dan kristal ais yang membentuk jejak-jejak asap di udara.
Tidak kurang juga yang mengaitkan bunyi kuat daripada dentuman bunga api menyebabkan burung tertekan serta hilang kawalan navigasi sehingga mengakibatkannya melanggar bangunan dan pokok.
Namun, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, Dan Cristol, menolak dakwaan tersebut.
"Pesta sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api berlangsung setiap tahun dan mengapa kejadian sama tidak berlaku sebelum ini?
"Sukar untuk meletakkan punca ke atas bunga api melainkan seseorang telah meniup sesuatu ke dalam sarang burung sehingga menyebabkan haiwan tersebut terpelanting ke udara," jelas Dan.
Di sebalik pendirian sebahagian pakar yang mengaitkan cuaca tidak stabil sebagai punca, profesor Fizik dari New York, Michio Kaku berkata, kematian misteri tersebut kemungkinan besar terjadi akibat hentaman angin laju yang ganas yang menghentam kawanan burung berkenaan.
Walau apa pun teori yang dibahaskan, sehingga kini belum ada lagi pihak yang tampil dengan hasil ujian yang boleh membuktikan punca kematian dua spesies haiwan tersebut.
Kematian haiwan yang direkodkan di Arkansas bukan yang terburuk dalam fenomena misteri ini.
Malah, rentetan daripada apa yang berlaku di Arkansas, jumlah bangkai haiwan ditemui di beberapa kawasan di AS seperti Maryland, Texas, Kentucky, Louisiana serta Florida sangat mengejutkan.
SUMBER: KOSMO ONLINE

Jan 7, 2011

RESAH

em, tak tau la ape jadi malam ni. aku rase tak selesa
rasa sedih pun ada, rasa marah pada diri sendiri pun ada, macam-macam perasaan yang datang dalam diri aku ni
kadang-kadang aku sendiri tidak faham dengan kehendak diri sendiri..
macam dalam ceramah yang aku hadiri, ahli panel mengatakan yang kita harus muhasabah diri sendiri
bila dipikirkan banyak yang tidak betul dalam diri aku ni
banyak yang harus diperbaiki
banyak kekurangan aku berbanding dengan orang lain
aku nak juga jadi seperti orang lain penuh kenyakinan, ada kekuatan diri, ada kehebatan yang terserlah
jika dibandingkan dengan diri aku ini, susah nak cari kelebihan yang ada
aku sendiri tidak nampak pakah kelebihan itu
walau apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang Tuhan telah beri
mungkin ini yang patut aku terima seadanya.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...