Pages

Feb 13, 2012

Kenangan: Di Sini Senang, Di Sana Senang

Semalam aku tengok Raja Lawak 6 dengan bertemakan muzikal komedi. Kemudian keluarlah satu kumpulan iaitu 2YOL yang berasal dari Kota Tinggi, Johor. Tengah syok-syok tengok, sekali keluar lagu yang berasal dari Indonesia. Terimbas kenangan semasa aku semester 1.



Kami diberi satu assigment untuk membuat satu pergerakan kreatif berdasarkan lagu yang kami pilih sendiri. Punya la cari lagu, akhirnya kami memilih lagu Di Sini Senang, Di Sana Senang. Kami perlu mencipta pergerakan kreatif seperti menari dan harus mempunyai keseimbangan dalam persembahan di mana kanak-kanak mampu mengikuti pergerakan tersebut serta menggembirakan.

Finally kami persembahkan di hadapan pensyarah dan rakan-rakan sekelas. Peh, kalau tengok balik persembahan kami masa tu, memang rasa nak gelak berguling-guling. Haha Yela, masa tu kami semua masih mentah lagi, so, kami memang betul-betul jadi macam kanak-kanak.



my lovely lecturer

Feb 8, 2012

”Pergi sana! Ayah Tak Mahu Diganggu!”

Kata-kata Yang Dilarang Dikatakan Kepada Anak


Memiliki dan membesarkan anak mempunyai seni tersendiri. Tidak ada sekolah khas untuk menjadi ibu bapa. Ada juga, kita terlalu yakin mampu membesarkan buah hati kita dengan cara sendiri.
Namun, tidak semudah itu. Bermula dari komunikasi setiap hari, perkembangan anak pun boleh terganggu.
Ibu-ibu, bapa-bapa, kata-kata yang sebaiknya tidak anda lontarkan untuk anak anda.
Apa itu?

”Pergi sana! Ayah Tak Mahu Diganggu!”
Jika anda kerap melontarkan kata-kata ini pada anak, Suzette Haden Elgin, pengasas Ozark Center, mengatakan anak-anak akan berfikir tidak ada gunanya berbicara dengan orang tuanya kerana mereka selalu diusir.
”Jika anda selalu mengatakan itu pada anak-anak sejak mereka kecil, biasanya mereka akan mengatakan perkara serupa ketika dewasa.”
”Kamu Itu…”
Pelabelan pada anak adalah cara pintas untuk mengubah anak-anak. Jika seorang ibu mengatakan, ”Anak saya memang pemalu”, maka anak akan menelan begitu saja label itu tanpa bertanya apa pun. Apalagi, bila kita memberikan label buruk pada anak-anak, itulah yang akan melekat dalam benak mereka. Seumur hidup.

Jan 15, 2012

CN BLUE + FT ISLAND

OK.
Kenapa CN BLUE & FT ISLAND.
Aku tak tau kenapa, tapi sejak akhir-akhir ni aku meminati kumpulan yang berasal dari Korea.

Aku memang mencari kumpulan muzik dari Korea yang berasaskan instrumen, bukan sahaja bergantung kepada nyanyian dan tarian.

Tah macam mane, minat ni timbul bila aku tonton cite HEARTSTRING. Hero cite ni merupakan vokalis kumpulan CN BLUE iaitu Jung Yong Hwa dan salah seorang ahli yang turut berlakon ialah Kang Min Hyuk.
Terpegun lihat mereka bermain alat muzik. 1st2 tu cari maklumat pasal dyorang kat Google, baru tau rupenye yang mereka berdua mempunyai kumpulan muzik yang tersendiri.



Korang dengo dulu dan nilaikan, best tak muzik2 diorang. Setakat ni aku minat lagu ALONE & LOVE GIRL.

FT ISLAND lak, aku terdengar secara tak sengaja. Mase tu bukak radio ERA. Ada contest memenangi tiket ke konsert diorang tak lame lagi. Lagu LOVE LOVE LOVE yang diputarkan. Memang best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...