Pages

Mar 28, 2011

hikmah makan menggunakan tangan

Memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak:
"Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan".

Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

Cara makan,

1. kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan
kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah -
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun
ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -
- Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
- Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.
Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
- Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Sumber : Blogger
-ALS

Mar 27, 2011

tergeliat tak lidah korang

lagu ni aku nyanyikan bila orientasi ka UPSI ni...
mula-mula blur je pastu bile diberi tunjuk ajar oleh senior-senior, baru bole nyanyi
aku pasti korang mesti tau lagu ni kan
tapi lagu ni ada trick dia
kita nyanyi dulu baru aku bagitau trick dia ye
sape yang rase-rase dah tau tu buat-buat la tak tahu heee
jom nyanyi

ada sang ulat bulu,
punya kaki seribu,
siapa jumpa kakiku, kakiku,
jikalau ku tak dapat,
terpaksa ku melonpat,
dengan kaki seribu kurang satu.


haa, dah siap kan nyanyi...
ok, ini trick dia
korang tukar huruf vokal yang ada kat setiap ayat kepada
a, e, i, o, u
faham tak???
tak faham...
ok aku terangkan

contohla aku guna ayat ni ye
ada sang ulat bulu, ---> ede seng elet bele
dan seterusnya la
korang sambung sendiri ye
haa, dah faham kan..
sekarang korang cuba dengan huruf vokal lain..

selamat mencuba..

Mar 22, 2011

50 Gambar Cantik Supermoon Seluruh Dunia (19/3/2011)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...