Pages

Mar 27, 2012

P E L A T


OK..
Post aku hari ni berkaitan pelat.
Dekat dunia ni ada bermacm-macam jenis pelat
Antaraanya 's', 'l', 'r'

Pagi ni terase nak search tentang ni sebab aku antara golongan tersebut hehe (kantoi sudah)
Permasalahan ni terkantoi mase form 6.
Tengah-tengah sedap present kat depan tetibe kawan aku gelak kat belakang
Siap present terus aku tanya
 "kenapa kau gelak"
 "ko pelat '__' ea cheda" sambil gelak2
 "eh, yeke?"

Sejak tu la aku jadi bahan kat kelas
Setiap kali present diorang gelak sakan
Cikgu aku pulak wat tak tau tapi sengih-sengih gak kadang-kadang sebab geli hati kot tengok kawan-kawan aku gelakkan aku
Sekarang ni aku masih lagi jadi bahan hehe
Mula-mula dulu memang malu tapi sekarang aku dah tak kisah

Kawan-kawan aku ada ajar
getarkan lidah kat atas tapi memang langsung tak bergetar
 " cuba ko gulung lidah"
 " fail *sigh*"

Aku ada baca bermacam-macam petua kat internet tapi tak tau nak buat yang mana dulu
Antaranya

  1. Goreng Pisang Garing-Garing Atas Piring
  2. ----> Sebut AL diikuti ALLA  ----> Sebut AN diikuti ANNA ----> Sebut AR diikuti ARRA. Pastikan hanya hujung lidah yang terangkat ke lelalngit dan bukannya pangkal lidah. Ulang beberapa kali sehingga boleh 
  3. Ular Lari Lurus
  4. Bila buang air besar jangan meneran guna 'emk' tap tukar jadi 'rrrr' (seyes yang ni klako)
  5. Gosok lidah guna lalang (kata orang tua2 la)
  6. Getarkan lidah di atas tai tak boleh kene lelangit (camne ek, tak bergetar pun)
Ini antara yang aku jumpa.
Tapi kalau ada sapa-sapa nak bagi petua kat aku
aku terima dan insyaallah akan mencubanya grrrrr

Amalan Sebelum Tidur




1. Berwudu' sebelum tidur

2. Membaca Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, An- Nass)



3. Mengucap dua kalimat syahadat



4. Membaca doa tidur



5. Bercakap/ berdoa menyatakan impian di dalam dunia dan akhirat

6. Tutup mata dan membaca istighfar dalam hati sehingga terlelap.

Mar 25, 2012

Keindahan Ciptaan Tuhan (Multiple Rainbow)



Gambar di atas merupakan pelangi yang terhasil selepas hujan ribut tadi di Tanjong Malim

Info tentang pelangi
  • mempunyai 7 warna iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu.
  • Pelangi selalu terjadi selepas hujan dan terhasil apabila cahaya terbias melalui titik air di udara.
  • berbentuk melengkung kerana titisan air di udara berbentuk bulat atau sfera
  • Multiple Rainbow atau Double Rainbow merupakan pelangi yang mempunyai dua biasan dan kedudukan pelangi kedua adalah di abhagian luar pelangi utama
  • Warna pelangi kedua adalah kurang terang berbanding pelangi utama dimana warna biru dibahagian luar dan merah di bahagian dalam. 
  • Bahagian yang gelap diantara dua pelangi dipanggil Alexander's band

Pengalaman Pertama


Assalamualaikum.
Petang ini, terdetik di hati untuk menulis kisah semalam.
Jari yang cumel-cumel aka tembam ni akan cuba menceritakan secara ringkas.

Semalam bersamaan 24 Mac 2012 aku pergi casting.
Casting itu apa?
Casting tu macam ala-ala ujibakat la
Kami hendak tubuhkan teater untuk Festival FESTKUM UPSI

Aku pergi ke sana dengan harapan hanya untuk menjadi di belakang tabir sahaja
tetapi telah dipaksa dan disuruh untuk ke hadapan tabir atau dengan perkataan yang lebih mudah jadi pelakon
Haa!! Pelakon! Rasa cam tak caye je kan HAHA

Mula-mula kami diberi skrip dan sebagai permulaan kami diberi masa untuk memahami skrip tersebut.
Kami pergi la duduk kat luar sementara menunggu untuk dipanggil masuk.
Debaran toksah cakap la. Dup Dap Dup Dap.
Memang menggigil gila walaupun kami casting dihadapan rakan kami sendiri.
Fuh! Rasa macam nak casting depan Rosyam Nor je untuk Pilih-Pilih Kasih (berangan je kot)

Kemudian, sorang-sorang nama dipanggil
Akhirnya, nama aku dipanggil juga
Untuk tugasan pertama mereka menyuruh aku melakonkan watak seorang yang buta, pekak, dan bisu serta kakinya yang pengkang.
Mase tu memang tak boleh nak pikir ape-ape la.
Haa, aku jumpa kerusi-kerusi yang disusun. Aku apalagi guna kerusi tersebut sebagai props.
Mula-mula buat-buat buta, then tak boleh cakap aka bisu pastu dengan kaki terjengket-jengket, aku seret, aku langgar semua kerusi yang kat situ. Pergi dekat meja mereka jatuhkan apa yang ada atas meja.
Haa, gile tak aku buat. Penuh perasaan kot HAHA

Then, tugasan kedua aku kena baca satu dialog monolog. Bab itu, aku memang fail la. Getaran suara menguasai. Grrr...
Tugasan ketiga aku disuruh untuk menghayati dialog tersebut dimana aku tidak dapat terima guru yang mengajar anak aku itu pukul, marah dan sebagainya.
Dan yang terakhir, satu lakonan spontan. Aku diberi satu situasi diman aku orang pekak dan bisu, serta buta tetapi telah dimarahi oleh orang yang tidak memahami keadaan diri aku. Scene ni aku jadikan Casting People ni sebagai mangsa aku.
Aku pukul dia sebagai meluahkan rasa tidak puas hati. Haha Memang kaw-kaw la.
Sorry ye K.Nilam hehe

Bile dah keluar rasa lega yang amat.
Fuh, lepas. Boleh tahan jugak la kot persembahan aku ni.
Mungkin tidak mencapai standard yang mereka cari tetapi aku telah cuba sedaya upaya
Memang susah untuk jadi pelakon seperti Erra Fazira
Tetapi pengalaman ini amat berharga
Selepas ini mungkin susah untuk aku dapat kat luar.
Terima Kasih..

Mar 17, 2012

7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan



1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Mar 16, 2012

Ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak


Assalamualaikum..
Akhirnya, berjaya juga aku meng'upload' video ni kat You Tube..
Sebelum ni bukan main jenuh lagi tunggu nak siap.
pagi ni dengan menggunakan internet berkelajuan tinggi
dan mengambil masa hanya selama 5 minit
video ni di publish di youtube



Video ni merupakan rangkuman aktivti kami semester lepas
kami pergi ke Cameron Highland yang konon-konon nya wat projek assigment
tapi kebanyakan kami menganggap kami hanya melancong hehe
tapi kami bawa balik pengalaman yang berharga dan berguna untuk kami gunakan semasa pengajaran nanti

Selain itu, kami juga telah diberi tugas untuk menganjurkan dan mengorganisasikan Konvokesyen untuk Tadika dan Taska UPSI
Masa tu memang tidak cukup tidur kami dibuatnya
Ada yang terpaksa pulang awal dari cuti pertengahan semester untuk meyelesaikan tugas tersebut
Namun, yang paling penting, majlis tersebut berjalan lancar dan berjaya pada hemat kami

Ada lagi satu event iaitu malam makan-makan
Kiranya seperti berkumpul satu batch kami
untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim kami

Semua ini menguatkan lagi persahabatan kami
Walaupun kadang-kadang ada sedikit salah faham
Biasa la, adat kita berkawan, bersahabat, sudah seperti adik beradik
Moga Persahabtan kita kekal selamanya
Salam Persahabatan =))

Mar 6, 2012

SAHABAT



Sahabat,
Walaupun kita tidak rapat,
Walaupun kita tidak seperti belangkas
yang selalu bersama,
Tetapi engkau tetap pernah hadir dalam kehidupan aku.

Aku seakan tidak dapat menerima pemergianmu,
Tetapi aku tabahkan hati ini,
Ibarat awan hitam menyelubungi kala siang hari,
Aku tetap meneruskan langkah kaki ini.

Pernah suatu ketika
kita bergelak tawa bersama-sama,
Menerima ilmu yang sama,
Berjalan di atas bumi yang sama,
Tetapi engkau pergi dahulu.

Sahabat,
Aku doakan agar
engkau tenang di alam sana,
Al-fatihah...


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Dukacita di maklumkan, 5 orang pelajar UPSI telah mengalami kemalangan maut di Baling, Kedah. Kejadian yang berlaku pada pagi tadi menyebabkan 3 pelajar cedera dan menerima rawatan di Hospital Baling, manakala 2 pelajar yang meninggal di tempat kejadian. Berikut adalah pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut :

Meninggal Dunia :
...
1. Fatini bt. Muhammad – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

2. Nurul Hidayah bt. Abdul Aziz – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

Cedera :

1. Hamidah Bt. Mamat – Pelajar Semester 4, Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

2. Aisyah Mardhiah bt. Kamil – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

3. Abqariyyah bt. Ghazali – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPSI

Pihak Universiti ingin menghulurkan rasa simpati kepada pelajar-pelajar tersebut dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Fatini dan Nurul Hidayah. Semoga roh allahyarhamah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Mar 4, 2012

Kesian KUCING Nie

Aku tengok video ni kat YOUTUBE. Pada awalnya aku tak jangka ending dy cm tu.

Sian tengok kawan dy yang jd mangsa. Video ni dari Perancis.

So, just enjoy the video

Mar 3, 2012

Selamat Tinggal

Hari ini, aku baru tahu yang pengetua sekolah aku telah berpindah tapi kenape berpindah depan sekolah kita je, Laksamana plak tu, adoyaiii hehe (jgn marah ye SMK Laksamana) (tp betul ke pindah sana??)

En. Mustafa Sani telah berkhidmat di SMK Tun Habab sejak aku di tingkatan 3 lagi. Beliau telah menaburkan baktinya di Tun Habab hampir 7 tahun. Banyak budi yang yang telah dicurahkan. Aku melihatnya sebagai seorang ynag mempunyai cita-cita yang tinggi, menghormati staf-staf beliau dan tidak kedekut dengan senyuman. Beliau juga seorang pemberi nasihat yang baik. Walaupun aku hanya melihat dari sudut pandang seorang pelajar, tetapi aku rasa ramai yang setuju dengan aku.  

Aku ingat lagi kata-katanya di perhimpunan pagi. " Kita tidak menang tak pa, yang penting kita hantar wakil, kita ada di sana, kita bertanding, kita tunjukkan siapa sebenarnya Tun Habab" 

Hari Guru 2008
Hah, ada satu kenangan pahit aku + kelas dengan beliau. Aku penah kene sebat kat tapak tangan tapi yang budak-budak laki kene sebat kat punggung aka bontot. Sebabnya aku tak nak la cite. Segan dok hehe  

Tapi yang paling penting, aku menghormatinya sebagai guru dan boleh juga diibaratkan sebagai bapa di sekolah. 

Video Majlis Perpisahan :SMK Tun Habab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...