Pages

Mar 25, 2012

Pengalaman Pertama


Assalamualaikum.
Petang ini, terdetik di hati untuk menulis kisah semalam.
Jari yang cumel-cumel aka tembam ni akan cuba menceritakan secara ringkas.

Semalam bersamaan 24 Mac 2012 aku pergi casting.
Casting itu apa?
Casting tu macam ala-ala ujibakat la
Kami hendak tubuhkan teater untuk Festival FESTKUM UPSI

Aku pergi ke sana dengan harapan hanya untuk menjadi di belakang tabir sahaja
tetapi telah dipaksa dan disuruh untuk ke hadapan tabir atau dengan perkataan yang lebih mudah jadi pelakon
Haa!! Pelakon! Rasa cam tak caye je kan HAHA

Mula-mula kami diberi skrip dan sebagai permulaan kami diberi masa untuk memahami skrip tersebut.
Kami pergi la duduk kat luar sementara menunggu untuk dipanggil masuk.
Debaran toksah cakap la. Dup Dap Dup Dap.
Memang menggigil gila walaupun kami casting dihadapan rakan kami sendiri.
Fuh! Rasa macam nak casting depan Rosyam Nor je untuk Pilih-Pilih Kasih (berangan je kot)

Kemudian, sorang-sorang nama dipanggil
Akhirnya, nama aku dipanggil juga
Untuk tugasan pertama mereka menyuruh aku melakonkan watak seorang yang buta, pekak, dan bisu serta kakinya yang pengkang.
Mase tu memang tak boleh nak pikir ape-ape la.
Haa, aku jumpa kerusi-kerusi yang disusun. Aku apalagi guna kerusi tersebut sebagai props.
Mula-mula buat-buat buta, then tak boleh cakap aka bisu pastu dengan kaki terjengket-jengket, aku seret, aku langgar semua kerusi yang kat situ. Pergi dekat meja mereka jatuhkan apa yang ada atas meja.
Haa, gile tak aku buat. Penuh perasaan kot HAHA

Then, tugasan kedua aku kena baca satu dialog monolog. Bab itu, aku memang fail la. Getaran suara menguasai. Grrr...
Tugasan ketiga aku disuruh untuk menghayati dialog tersebut dimana aku tidak dapat terima guru yang mengajar anak aku itu pukul, marah dan sebagainya.
Dan yang terakhir, satu lakonan spontan. Aku diberi satu situasi diman aku orang pekak dan bisu, serta buta tetapi telah dimarahi oleh orang yang tidak memahami keadaan diri aku. Scene ni aku jadikan Casting People ni sebagai mangsa aku.
Aku pukul dia sebagai meluahkan rasa tidak puas hati. Haha Memang kaw-kaw la.
Sorry ye K.Nilam hehe

Bile dah keluar rasa lega yang amat.
Fuh, lepas. Boleh tahan jugak la kot persembahan aku ni.
Mungkin tidak mencapai standard yang mereka cari tetapi aku telah cuba sedaya upaya
Memang susah untuk jadi pelakon seperti Erra Fazira
Tetapi pengalaman ini amat berharga
Selepas ini mungkin susah untuk aku dapat kat luar.
Terima Kasih..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...