Pages

Apr 30, 2012

Bilik Oh Bilik!!

Aku perasan beberapa hari ni aku rajin sikit mengepost kat belog2 aku..

Hari ini je dah berapa post aku tulis.

Dan kali ni aku nak post tentang bilik aku. Disebabkan cuaca panas dalam seminggu ni aku dan rumate buat kerja gila malam-malam.

rumate: panas tak?
aku   : panas giler
rumate: kipas kite ni dah tak rase ape dah. pakai kipas macam xde kipas je
aku   : tau takpe. ape kate bersihkan kipas tu. dah macam kat gua je aku tengok abuk tu
rumate: cantek



Disebabkan aku ni Acrophobia dan 'kurang ketinggian' jadi rumate aku la yang jadi mangsanya hehe

Dia la yang membersihkan kipas tersebut dan sekarang perghhh, sejuk hingga ke tulang sum-sum

So, selepas ini malam-malam ku akan ditemani dengan kesejukan

Hot Blogs' Contest by Manja :)

Tak Sangka hari ni aku dh join beberapa contest.

Thanks to cik Nyue sebab tag saya


Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow cik Manja 

2. Buat entry tentang  Hot Blogs' Contest by Manja :) 

3. Tag 3 Buddies




4. P/S : PENYERTAAN KURANG DARIPADA 15 ORANG , CONTEST AKAN DIBATALKAN

nak join cume klik2 la kat sini 

Beats by dr.dre Giveaway

Assalamualaikum..

Hari ni aku kire macam tag la jugak untuk join 1 contest by Fara Ahmad. Terima kasih girl.

Bagi memenuhi masa lapang aku yang sangat-sangat lapang sambil menyiapkan assignment, aku pun join la

Saja untuk manambahkan lagi rakan-rakan blog dan mengeratkan silaturrahim

Pemenang akan mendapat hadiah di bawah


atau 


bagi sesiapa yang nak join contest ni masih lagi berjalan 

The deadline for this giveaway in on 19 May 2012.

The winner will be announce at my blog on 20 May 2012.

Boleh la click link ini

Ok Done !!

Apr 29, 2012

OH! Tak Sangka

Assalamualaikum semua..

Fuhh! rase teruja lagi beb

Haha mane tak ye. Ini la 1st time aku menang hadiah. Siapa tak bangga beb

Seriously aku join contest ni pun sebab aku ikhlas nak beri hadiah ni kepada sahabat aku yang bakal mendirikan rumah tangga pada bulan 5 akan datang.

Alhamdulillah, aku berjaya dan Insyaallah aku akan menyampaikan hadiah ini kepada beliau
(menaip dengan penuh keterujaan sekali hehe)

Aku harap hadiah ini akan menjadi satu kejutan terbesar untuk dia

Haa, lupa nak cerita hadiah apa



Seperti di atas hadiah yang bakal diterima

Aku harap dia akan menyukainya..

Terima kasih kepada Heal Beauty Centre dan juga Oh! Media

Congrates for ur wedding girl =))

(menyanyi dengan riang sekali)

Siapa Nak Lomo Aquapix FREE ?


Saya ada dua pilihan Lomo yang saya nak

Sangat cantik

Sape-sape yang nak menang Lomo ni bole la click banner ni (di caption)

bole join contest ni dari 

27.4.2012 - 13.5.2012



girly skit
or

cute (feveret color)

Apr 27, 2012

DINGDONG DANTES @ MALAYSIA



Wawawawawa...
DINGDONG DANTES @ MALAYSIA!!!!!
Siapa yang tidak kenal dengan Dingdong Dantes..


Beliau yang popular dengan drama Stairway to Heaven (Cholo Fuentebella) bersama Rhian Ramos (Jodi Reyes/Jenna) yang di adaptasi daripada drama Korea (Stairway to Heaven).


Seterusnya beliau turut popular dengan drama Marimar. Drama ini juga diadaptasi daripada Drama bersiri di Mexico yang juga berjudul Marimar (1994). 



Dan sekali lagi drama beliau ditayangkan di TV3 iaitu Endless Love. Drama ini adalah berdasarkan drama Korea iaitu Autumn in My Heart. Heroin filem ini merupakan heroin yang sama membintangi Marimar iaitu Marian Rivera (Jenny). Kini ia ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 3.00 ptg - 4.00 ptg. 

Apr 26, 2012

REALITI SEBENAR














Apr 25, 2012

Just going with flow



Baiklah, sebelum aku melelapkan mata yang sudah suam-suam kuku ni, nak cerita sikit la.
Dalam beberapa minggu ni, macam-macam yang berlaku. 
kesibukan dalam menyiapkan asignment, latihan teater, dan macam-macam lagi la.

Kalau ikutkan memang stress sikit dengan kesibukan di semester 6 ni.
Banyak asignment, ditambah lagi dengan proposal, dan lagi satu rase sangat risau bile memikirkan praktikum yang akan datang pada bulan 6. DAN hanya tinggal beberapa bulan. Nak kate bulan pun x dan sangat. Rase sangat dekat.

Bagaimana harus aku menjalankan tanggungjawab seorang pendidik?
Tugas mendidik adalah sangat berat dan besar tanggungjawabnya.
Moga-moga aku dapat melalui nya dengan mudah
Dan mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untukku
Amin..

Apr 11, 2012

Favorito




siapa tahu apa dia ni?
kalau berasal dari johor, tak kenal memang bukan anak jati johor
ini nasi feveret aku
pantang jumpa mesti bedal kaw2 punye
lagi-lagi sekarang duduk kat perak kan
memang susah la nak jumpe
ni sebenarnya nasi ambeng
nasi orang-orang jawa
memang sedap

Apr 5, 2012

Hari Makan Sedunia!


Hai.
Assalamualaikum
Dengan ditemani lagu-lagu dendangan CN BLUE, aku menulis cerita yang berlaku hari ini.
Hari ini berlalu dengan pantas
Tanpa aku sedari, masa membawa kita tanpa kita sedar
Tetapi hari ini aku gembira ditemani sahabat-sahabat aku sebelum aku pulang ke kampung.

Aktiviti hari ini adalah M.A.K.A.N
Sebenarnya kami berempat sudah lama merancang untuk makan spageti
disebabkan ketidakmampuan kami untuk makan di tempat yang branded-branded
*sedap lagi kami masak berbanding kat kedai
Jadi, dengan berbekalkan keputusan yang bulat,
Aku mula memasak dengan dibantu oleh pembantu chef aka mar

Resipi spageti

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 botol pes spageti tradisional Kimball
1 paket perencah Bolognese
2 paket spageti (9 orang makan)
2 batang lobak
1 biji tomato
3-5 sudu lada kisar (cili boh) *ikut citarasa masing-masing
1 paket sosej
1 paket daging kisar
1 tin cendawan
lada hitam

*garam dan gula secukup rasa


1. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk (ala-ala tradisional sebab tiada blender)
2. Tomato, lobak dipotong dadu, sosej dan cendawan dipotong
3. Masukkan lada kisar, masak hingga naik minyak. Masukkan bawang yang telah ditumbuk. Selepas itu, masuk gula sedikit.
4. Masukkan pes spageti, letak air sedikit untuk tidak pekat sangat, tunggu sehingga didih kemudian masukkan daging kisar, sosej, lobak, tomato, cendawan (aku sumbat je)
5. Kemudian, masukkan 1 paket perencah Bolognese, dan tunggu sehingga didih
6. Rasa dan kemudian angkat serta sedia di hidang.
7. Sementara itu, masak mee spageti. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air, letak sedikit garam dan sedikit minyak. Tunggu sehingga mee tersbut masak. Jika air kering, tambah air.

final product


pencuci mulut aten

So, finally kami dapat berkumpul lagi untuk bersama-sama
Bertukar cerita, bergelak ketawa
Kadang-kadang aku terpikir
Dapat ke kami berjumpa seperti ini selepas kami bergraduat?
Mungkin nampak seperti jauh lagi tapi masa tidak menunggu kita
Ia akan meninggalkan kita tanpa sebarang pesan
Waktu-waktu seperti ini lah harus kita hargai sebaiknya
Simpan ia sebagai satu kenangan yang berharga
Yang tidak mampu kita peroleh buat kali kedua

Hari ini berlalu dengan penuh bermakna bagi kami
Walaupun dengan hanya makan-makan tetapi itulah masa yang terbaik bagi kami
With love <3 cda, mar, biha, aten, k.syu, k.nana, moq, sue, leha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...