Hai.
Assalamualaikum
Dengan ditemani lagu-lagu dendangan CN BLUE, aku menulis cerita yang berlaku hari ini.
Hari ini berlalu dengan pantas
Tanpa aku sedari, masa membawa kita tanpa kita sedar
Tetapi hari ini aku gembira ditemani sahabat-sahabat aku sebelum aku pulang ke kampung.
Aktiviti hari ini adalah M.A.K.A.N
Sebenarnya kami berempat sudah lama merancang untuk makan spageti
disebabkan ketidakmampuan kami untuk makan di tempat yang branded-branded
*sedap lagi kami masak berbanding kat kedai
Jadi, dengan berbekalkan keputusan yang bulat,
Aku mula memasak dengan dibantu oleh pembantu chef aka mar
Resipi spageti
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 botol pes spageti tradisional Kimball
1 paket perencah Bolognese
2 paket spageti (9 orang makan)
2 batang lobak
1 biji tomato
3-5 sudu lada kisar (cili boh) *ikut citarasa masing-masing
1 paket sosej
1 paket daging kisar
1 tin cendawan
lada hitam
*garam dan gula secukup rasa
1. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk (ala-ala tradisional sebab tiada blender)
2. Tomato, lobak dipotong dadu, sosej dan cendawan dipotong
3. Masukkan lada kisar, masak hingga naik minyak. Masukkan bawang yang telah ditumbuk. Selepas itu, masuk gula sedikit.
4. Masukkan pes spageti, letak air sedikit untuk tidak pekat sangat, tunggu sehingga didih kemudian masukkan daging kisar, sosej, lobak, tomato, cendawan (aku sumbat je)
5. Kemudian, masukkan 1 paket perencah Bolognese, dan tunggu sehingga didih
6. Rasa dan kemudian angkat serta sedia di hidang.
7. Sementara itu, masak mee spageti. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air, letak sedikit garam dan sedikit minyak. Tunggu sehingga mee tersbut masak. Jika air kering, tambah air.
final product |
pencuci mulut aten |
So, finally kami dapat berkumpul lagi untuk bersama-sama
Bertukar cerita, bergelak ketawa
Kadang-kadang aku terpikir
Dapat ke kami berjumpa seperti ini selepas kami bergraduat?
Mungkin nampak seperti jauh lagi tapi masa tidak menunggu kita
Ia akan meninggalkan kita tanpa sebarang pesan
Waktu-waktu seperti ini lah harus kita hargai sebaiknya
Simpan ia sebagai satu kenangan yang berharga
Yang tidak mampu kita peroleh buat kali kedua
Hari ini berlalu dengan penuh bermakna bagi kami
Walaupun dengan hanya makan-makan tetapi itulah masa yang terbaik bagi kami
With love <3 cda, mar, biha, aten, k.syu, k.nana, moq, sue, leha
No comments:
Post a Comment