Pages

May 13, 2012

Kembara Mahkota Johor 2012


Kalau ikutkan dahulu, aku paling suka sambut Kembara Mahkota Johor ni. Yang Paling best, Sultan tidak akan tak singgah ke kampung aku. Dan yang paling best dapat salam dengan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor.

Sambutan yang diberikan amatlah meriah. Penduduk kampung aku sanggup tunggu tengah-tengah panas hanya kerana menunggu ketibaan Tuanku Sultan. 

Hanya perasaan gembira yang aku dapat gambarkan bila dapat berdepan dengan Tuanku Sultan sendiri. Kalau ikutkan bukan mudah kita nak berjumpa dengan kerabat diraja tetapi melalui program ini, rakyat Johor dapat mendekatkan diri dengan Sultan Johor. 

Pernah sekali aku sanggup beratur di hadapan, tangan dihulur salam bersambut. Lepas itu, aku pergi ke bahagian belakang pulak. Dan sekali lagi, tangan dihulur salam bersambut. Seronok rasa dapat bersalam dengan Sultan.

Antara laluan yang bakal dilalui oleh Sultan Johor



Hari Pertama Perasmian di Kulaijaya

credit to: Zulkarnain Ahmad Tajuddin bharian
Daulat Tuanku!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...