SALAH seorang sahabat pembaca mengirimkan gambar nombor plat yang menjadi kontroversi baru-baru ini iaitu WWW1. Nombor plat ini dimiliki oleh Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000.
Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar paling mahal di dunia.
Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo.
Aku rasa berbangga dengan Sultan Johor. Sebab apa? Sebab no plat yang Tuanku Sultan beli diletakkan pada kereta buatan Malaysia dan bukan pada kereta buatan luar negara.
Mesti ramai yang tak sangka kan. Kereta Satria Neo bukannya Mercedes ke, Ferrari ke.
No comments:
Post a Comment