Pages

Jan 5, 2012

Mengigau

Haa, siapa yang tak pernah mengigau? Bohonglah kalau tak pernah, mesti ada sekali dua punye kan haha
Aku? hehe Aku tak payah cerita lah, ada la jugak sekali dua (padahal kantoi dengan rumate) haha

Menurut Kamus Dewan (2005:560) mengigau (sleeptalking atau somniloquy) dieertikan sebagai bercakap semasa tidur, meracau (ketika sedang tidur). Ia biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Fenomena mengigau biasanya berlaku jika seseorang itu mengalami penat yang melampau ataupun memendam masalah sendirian. 

Sleeptalking boleh terjadi dengan sendirinya dan merupakan salah satu ciri gangguan tidur seperti 
  1. Rapid eye movement behavoir disoder (RBD)
  2. Sleepwalking
  3. Night terror
  4. Sleep-related eating disoder (SRED)
Terdapat ramai yang mengalami gangguan tidur. Kira-kira 50% daripada kanak-kanak yang berumur diantara 3-10 tahun dan orang dewasa sebanyak 5% bercakap semasa tidur. Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2004 yang mana secara kasar 10% kanak-kanak bercakap semasa tidur paling kurang beberapa malam dalam satu minggu. Para penyelidik percaya bahawa gangguan ini mungkin berpunca daripada keluarga dan ia berlaku kepada perempuan dan juga lelaki. Kebanyakan mereka tidak sedar yang mereka mengigau sehinggala mereka diberitahu oleh orang lain. 

                                

Sebagai umat Islam, adalah baik jika kita mengamalkan adab tidur seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah
  • Tidur awal dan mengambil wuduk
  • Bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
  • Membaca doa sebelum tidur
  • Membaca 'tiga kul' iaitu Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas sebanyak 3 kali, kemudian hembuskan kepada kedua-dua tangan dan gosok ke seluruh badan sekadar yang mampu dicapai
  • Tidur di atas lambung sebelah kanan
  • Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar

Jan 2, 2012

3 hari



Jika diimbau kembali, rase seronok pun ada. Kenapa? Sebab 3 hari yang lepas syok gile dapat berjalan walaupun hanya ke tempat saudara-mara aku. Best jumpa sepupu, makcik, wak, pakcik, anak sedara yang comel2.


Destinasi pertama kami adalah ke Port Dickson. Di sana akak mak aku tinggal dan kami memanggilnya sebagai Wak Niah. Kenapa panggil Wak Niah? Sebab kami ni keturunan Jawa jadi, WAK ini melambangkan yang kita hormat mereka sebagai yang lebih arif. Tak kira la laki ke perempuan, tetap akan panggil wak.

Kami bergerak dari rumah pada pukul 11.00 pagi dan perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam setengah akhirnya membawa kami sampai ke tempat yang dituju. Yang paling aku teruja adalah laut. Haa, kalau nak tau, tempat yang Wak Niah aku tinggal ni memang dekat dengan laut. Syok kalau malam-malam rase angin laut, sejuk je, nyaman. Sepanjang perjalanan adalah pesisiran laut. Bila dah sampai tu, apa lagi kan kita berehat la di rumah. Pada malamnya, kami ziarah rumah sepupu aku merangkap anak Pak Ngah tapi dia tiada malam itu, dan hanya mak bapaknya yang kebetulan berada di rumah. Kami disajikan dengan satay tapi maaf cakap la, satay keras kebatun. Memang boleh dimakan tapi susah nak dikunyah.

Keesokan harinya, kami telah bercadang untuk pergi ke Muzium Tentera di Port Dickson. Mesti korang tau kan yang mana di PD memang terkenal dengan tenteranya. Sangat menakjubkan bila di sana. Peralatan-peralatan perang, meriam, peluru berpandu, dan macam-macam lagi la. Syokk. Aku kat sana hanya memenuhkan album handfon adik aku. Selepas itu, kami pergi ke pantai yang ada pulau buatan. Kata mak ku nama pantai tu Pantai Batu 4. Sangat cantik keindahan yang telah Tuhan ciptakan. Air laut yang sangat cantik, angin mendayu-dayu walaupun matahari tegak atas kepala.




Pada waktu petang, kami bergerak pula ke Kuala Lumpur untuk ke rumah Pak Su aku merangkap adik kepada abah. Walaupun perjalanan yang hanya mengambil masa 2 jam tapi pada aku sangat memabukkan kerana keadaan jalan yang seperti ular kena palu. Pening2. Kami akhirnya sampai di Jenderam Hilir atau lebih tepat lagi di Kg. al-Jenderami. Kalau korang nak tahu, tempat tersebut terdapat Kompleks Warga Emas dan juga anak-anak yatim. Maklumat lanjut boleh layari http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/

                              

Pada hari ketiga, kami akhirnya bergerak ke Tg. Malim a.k.a UPSI. Aku dapat tahu malam tahun baru berlaku satu demo di Pintu Timur tetapi aku tak amik port sangat. Kebanyakan yang terlibat ramai daripada luar. Dan akhirnya aku sampai juga ke rumah sewa atau lebih dikenali dalam kalangan kawan-kawan aku Setinggarden. Cun kan nama tu. Hehe

Cukuplah perjalanan selama 3 hari ni, sangat memenatkan tetapi menyeronokkan =))

Dec 12, 2011

Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita


1. Gunakan Jari Anda - Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut bagi meleraikan rambut kusut dan berpintal. Jika anda amalkan begini, ia akan memberi kesan positif pada rambut anda dan mampu mengurangkan pengguguran rambut.


2. Berus Rambut Anda Selalu - Ada juga wanita yang khuatir menyikat rambut selalu kerana percaya ia akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, ia akan bertambah sihat. Jika anda berambut panjang, anda disarankan menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian, berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.
Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaik-baiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan ini yang akan memudahkan rambut anda gugur.


3. Jangan Lupa Sikat Rambut - Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.


4. Keringkan Rambut - Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal sedikit, namun ia baik untuk rambut panjang.


5. Pilih Syampu Yang Terbaik - Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.


6. Peka dengan Keadaan Sekeliling - Lindungilah rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut anda dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Anda juga boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...