Pages

May 13, 2012

Kembara Mahkota Johor 2012


Kalau ikutkan dahulu, aku paling suka sambut Kembara Mahkota Johor ni. Yang Paling best, Sultan tidak akan tak singgah ke kampung aku. Dan yang paling best dapat salam dengan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor.

Sambutan yang diberikan amatlah meriah. Penduduk kampung aku sanggup tunggu tengah-tengah panas hanya kerana menunggu ketibaan Tuanku Sultan. 

Hanya perasaan gembira yang aku dapat gambarkan bila dapat berdepan dengan Tuanku Sultan sendiri. Kalau ikutkan bukan mudah kita nak berjumpa dengan kerabat diraja tetapi melalui program ini, rakyat Johor dapat mendekatkan diri dengan Sultan Johor. 

Pernah sekali aku sanggup beratur di hadapan, tangan dihulur salam bersambut. Lepas itu, aku pergi ke bahagian belakang pulak. Dan sekali lagi, tangan dihulur salam bersambut. Seronok rasa dapat bersalam dengan Sultan.

Antara laluan yang bakal dilalui oleh Sultan Johor



Hari Pertama Perasmian di Kulaijaya

credit to: Zulkarnain Ahmad Tajuddin bharian
Daulat Tuanku!

May 9, 2012

Apr 30, 2012

Bilik Oh Bilik!!

Aku perasan beberapa hari ni aku rajin sikit mengepost kat belog2 aku..

Hari ini je dah berapa post aku tulis.

Dan kali ni aku nak post tentang bilik aku. Disebabkan cuaca panas dalam seminggu ni aku dan rumate buat kerja gila malam-malam.

rumate: panas tak?
aku   : panas giler
rumate: kipas kite ni dah tak rase ape dah. pakai kipas macam xde kipas je
aku   : tau takpe. ape kate bersihkan kipas tu. dah macam kat gua je aku tengok abuk tu
rumate: cantek



Disebabkan aku ni Acrophobia dan 'kurang ketinggian' jadi rumate aku la yang jadi mangsanya hehe

Dia la yang membersihkan kipas tersebut dan sekarang perghhh, sejuk hingga ke tulang sum-sum

So, selepas ini malam-malam ku akan ditemani dengan kesejukan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...