Pages

Nov 29, 2010

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Post yang kali ni aq dapat dari facebook...cube bace ye, mudah-mudahan kite dapat manfaatya...<3

Untuk kita jadikan amalan seharian…

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yangdilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkansujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling hampir antaraseseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujudkerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salahsatunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibacasewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal ,imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok,kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atausekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah parasahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaanumatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanyayang bermaksud; "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat."Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah? 

"Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam,sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, makaadakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab;"Dapat!" Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu'."KEISTIMEWAANNYA Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendakmelimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Diakehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkanorang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan danmereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), dimana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiaptubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orangyang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujuditu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya.Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmatNya.

Wallahualam bissawab

PETIKAN DARI PESANAN SAHABAT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...