Pages

Jan 15, 2012

CN BLUE + FT ISLAND

OK.
Kenapa CN BLUE & FT ISLAND.
Aku tak tau kenapa, tapi sejak akhir-akhir ni aku meminati kumpulan yang berasal dari Korea.

Aku memang mencari kumpulan muzik dari Korea yang berasaskan instrumen, bukan sahaja bergantung kepada nyanyian dan tarian.

Tah macam mane, minat ni timbul bila aku tonton cite HEARTSTRING. Hero cite ni merupakan vokalis kumpulan CN BLUE iaitu Jung Yong Hwa dan salah seorang ahli yang turut berlakon ialah Kang Min Hyuk.
Terpegun lihat mereka bermain alat muzik. 1st2 tu cari maklumat pasal dyorang kat Google, baru tau rupenye yang mereka berdua mempunyai kumpulan muzik yang tersendiri.



Korang dengo dulu dan nilaikan, best tak muzik2 diorang. Setakat ni aku minat lagu ALONE & LOVE GIRL.

FT ISLAND lak, aku terdengar secara tak sengaja. Mase tu bukak radio ERA. Ada contest memenangi tiket ke konsert diorang tak lame lagi. Lagu LOVE LOVE LOVE yang diputarkan. Memang best.

Jan 12, 2012

P.U.T.R.A.J.A.Y.A


Assalamualaikum..

Perjalanan sehari suntuk pada 10 Januari 2012 dengan bertujuan mencari tempat praktikum. Bagi aku yang 1st time sampai, memang la rasa teruja melihat Putrajaya. Sangat cantik binaan bangunan di sekitar. Mengagumkan. Apabila jejak ke kaki kat tanah, aktiviti pertama semestinya program memenuhkan memori kad henpon masing-masing.

cuba teka, sape yang xde
Dataran Putrajaya menjadi mangsa pertama kami. Klik! Klik! Klik! (bunyi berlainan mengikut enset masing-masing). Berlaku perebutan apabila ramai yang nak jadi model berbanding photographer.

posing kat Dataran Putrajaya

Masjid Putra


Masjid Putra


konon kat cameron sebab ari tu kempunan gambo kat ladang teh

menu tengahari 

desert 
aku tak tahu nape gambo ni tak nak rotate

Puas bergambar, selesai makan tengahari dan solat, kami bergerak ke tempat tersebut. Nak sampai sane bukan senang, banyak kali sesat. Pusing-pusing tempat yang sama. Kami tanya orang, ada jugak kami main redah je janji jumpa tempat tersebut. Tiba sahaja ke tempat tersebut, kami wat survey, lihat kanak-kanak yang cumel-cumel, baby. Geram weh tapi sambil-sambil tu pikir, camne la aku nak praktikum ni. Mampu ke galas tanggungjawab ni. Risau jugak kan. Dah la anak orang.

Dah puas survey2 tempat, kami bergerak pulang. Kali ini, kereta kami terpisah semasa di persimpangan UPM, Shah Alam. Jadi, kami teruskan dan yakin dengan jalan yang kami pilih tapi dalam hati gabra jugak. Kami sentiasa berhubung dengan kereta satu lagi. Roger2 tempat diaorang. Jadi, kami bercadang untuk bertemu di R&R Rawang.

Berehat, makan, buang segala kepenatan dan teruskan perjalanan pulang.
Letih seharian meronda walaupun bukan aku jadi driver. Bayangkan kalau jadi driver, 2 kali ganda lebih penat. Sampai rumah, TIDOR..

Wassalam

Jan 9, 2012

Bahana Kasut yang Tidak Sesuai


Kasut tumit tinggi 


Masalah: Sama ada tumit tinggi atau separa tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan pada belakang tumit. Material kasut yang keras akan menekan bahagian tulang kaki sehingga boleh membuatkan kaki melecet, bengkak, sakit atau tendon Achilles (iaitu keadaan di mana tendon pada otot di bawah betis, di pergelangan kaki akan alami kecederaan). Bentuk kaki juga akan berubah sedikit di mana tulang pada kaki akan tertonjol keluar. 

Kasut yang tumitnya terlalu tinggi akan memaksa semua tekanan (beban badan) tertumpu pada bola kaki. Bola kaki ini ialah bahagian kaki paling lebar di bawah ibu jari. Walaupun saiznya kecil, tetapi di sinilah pertemuan beberapa 
tulang dan tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tulang dan saraf di kawasan ini mengalami keradangan. Bahkan tekanan yang terlalu banyak juga boleh membuatkan tulang mengalami keretakan halus dan mengakibatkan kesakitan. Selain itu, semua kasut tumit tinggi boleh menyebabkan risiko pergelangan kaki terseliuh. 

Penyelesaian: Carilah kasut dengan tumit lebih rendah. Ia dapat mengelakkan anda daripada berhadapan dengan risiko mengalami masalah yang disenarai di atas, tetapi pada masa sama, masih boleh bergaya. Pakar podiatris menyarankan memilih kasut yang tumitnya tidak lebih daripada dua inci (lima sentimeter) - itu pun tidak dipakai selalu. 



Kasut tumit halus 

Masalah: Walaupun semua kasut tumit tinggi boleh menyebabkan masalah, kasut yang lebih berbahaya ialah bertumit halus. Ini kerana semua berat badan akan tertumpu pada satu pusat saja. Orang yang memakai kasut tumit halus perlu berjalan lebih perlahan dan berhati-hati kerana risiko untuk terseliuh atau jatuh sentiasa menunggu, apatah lagi jika lantai agak licin. 

Penyelesaian: Jika masih mahu memakai kasut tumit tinggi, carilah tumit yang tebal supaya berat badan diagihkan lebih sekata pada tumit. Ini membuatkan kaki lebih stabil berbanding memakai kasut tumit halus. Pun begitu, tekanan masih dirasai pada bola kaki, tetapi pemakaian kasut tumit tebal akan mengurangkan risiko jatuh. 



Kasut tapak rata 

Masalah: Siapa kata kasut tapak rata ini ‘mesra’ pada kaki? Berdasarkan perbandingan yang dijalankan Jurucakap Persatuan Perubatan Podiatrik Amerika, Hillary Brenner, kasut tapak rata ini tidak memberikan sebarang sokongan kepada kaki. Ia menghalang kaki daripada berfungsi sepenuhnya dan boleh menyebabkan masalah lutut, pinggul dan pinggang. Kekurangan atau ketiadaan sokongan pada tapak kaki dikaitkan dengan kesakitan yang dipanggil plantar fasciitis (keradangan pada tisu tapak kaki dan membuatkan tumit sakit ketika berjalan). 

Penyelesaian: Jika suka memakai kasut tapak rata, beli pelapik kasut yang boleh memberi sokongan kepada kaki, sekali gus memberi kusyen pada tumit. Pelapik ini terutama yang dibuat khas untuk kaki akan mengurangkan semua masalah dan kesakitan kaki. Sokongan pada lengkungan tapak kaki akan mengurangkan tekanan pada bahagian kaki yang sensitif. 



Selipar 

Masalah: Ia tidak menawarkan perlindungan pada kaki dan kaki anda terdedah kepada kecederaan. Mereka yang ada kencing manis tidak digalakkan memakai selipar untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Ingat, pada 
pesakit kencing manis, luka yang kecil pun boleh mendatangkan kemudaratan kerana kaki mereka sudah tidak sensitif dan mungkin tidak sedar luka menjadi semakin teruk. 

Apa yang lebih membimbangkan, luka yang tidak dirawat dengan rapi boleh menyebabkan gangren (tisu mati) sehingga membawa kepada pemotongan kaki (amputasi). 

Selipar juga seperti kasut tapak rata, ia tidak memberi sokongan kepada kaki. 

Penyelesaian: Carilah selipar sporty yang memberi lebih banyak sokongan pada kaki. Tapak selipar yang lebih tebal akan melindungi kaki daripada berasa sakit terpijak batu. Lebih baik jika selipar itu direka mengikut lengkungan tapak kaki. 



Kasut tebal dan baji 

Masalah: Kasut tebal dan baji biasanya mempunyai lantai yang keras dan ia menghilangkan biomekanik ketika berjalan. Ini akan membuatkan kaki cuba membengkok dalam cara tertentu, tetapi tidak berjaya kerana kasut yang keras. Jika tumitnya jauh lebih tinggi daripada bahagian ibu jari, maka tulang jari kaki akan berasa banyak tekanan. 

Penyelesaian: Beli kasut tebal atau baji yang lebih rendah. Walaupun ia masih tidak disarankan, kasut ini tidak memberikan banyak tekanan berbanding kasut bertumit tinggi. Kalau masih mahu memakainya, selang selikan dengan kasut jenis lain, bukan dipakai setiap hari. 



Kasut runcing di depan 

Masalah: Ia mungkin nampak bergaya, tetapi kasut runcing di depan ini akan menghimpit keseluruhan bahagian depan kaki. Selepas satu tempoh, ia akan menyebabkan kesakitan saraf, bunion (ada benjolan sakit di bawah ibu jari dan menyebabkan jari bengkok), melecet dan jari kaki bertindan serta senget. Kasut runcing di depan adalah faktor paling biasa yang menyebabkan masalah bunion pada wanita. 

Selain itu jari kaki akan nampak cacat kerana ia dipaksa berhimpit antara satu sama lain. Apabila kecacatan berlaku, ia tidak boleh dikembalikan kepada keadaan asal kecuali melalui pembedahan. 

Penyelesaian: Cari kasut yang mempunyai rekaan lebar di depan. Jika masih mahukan kasut yang runcing di depan, pilih kasut yang bahagian runcing ini melepasi jari. 



Salah saiz 

Masalah: Sembilan daripada 10 wanita membeli kasut yang satu saiz lebih kecil kerana mahu kaki mereka nampak comel. Malangnya ia boleh menyebabkan belulang, melecet, bunion dan pelbagai masalah lain. Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak kini juga memakai kasut yang salah saiznya dan meningkatkan risiko mengalami kecacatan kaki ketika membesar. 

Penyelesaian: Ukur kaki dan beli kasut yang sepadan dengan saiz kaki. 
Ketika mencuba, cuba kasut baru sambil berdiri dan berjalan. Lebih baik beli kasut pada waktu petang ketika kaki kembang sedikit. Paling penting, ia perlu selesa dan memberi sokongan yang diperlukan oleh kaki dan seluruh badan.



Jan 8, 2012

My Sarapan

Sarapan adalah subjek wajib. Kalau tak sarap alamat la lapor pagi-pagi. Pagi ini, sarapan aku hanya berbekalkan satu cawan Kopi Old Town dan donat coklat.

Donat tersebut hasil air tangan kawan aku aka rumate. Dia ni kalau bab masak memang rajin, pandai masak kuih muih. Kalau harap aku, memang tak jadi la. Hehe 


Nampak sedap kan. Tengok coklat yang terletak elok kat atas dia. Fuh, mencair dalam mulut. 
Kenyang perut untuk pagi ni. Alhamdulillah

Credit: Thanks to cik aten. Lain kali masak hari-hari ye Haha

Jan 7, 2012

Sesat

                                   

Ok, cerita sebelum labuhnya mata ni dengan harapan dapat tidur dengan tenang agar dapat jawab paper BM pagi esok (hari ni la)

Haa, sesat. Korang tau, aku boleh tersesat aka silap jalan. Hahaha. Dalam Kampus UPSI yang kecil molek ni pun boleh sesat. Agak-agak la kan, dah sem bape kot. Ish Ish. Yela, mane taknya, berkobar nak jawab soalan English kan, al maklumlah, ilmu penuh di dada hanya tinggal dicurahkan sahaja isi-isinya. 

Kami jalan penuh kenyakinan menuju ke Dewan Sri Tanjung yang berada di belakang SITC. Haa. Yakin itu penting walaupun salah bak kata kawan aku. Jalan punya jalan, rupa-rupanya kami baru perasan yang kami tersilap arah. Mana taknya, dah sampai library kot, padahal jalan yang paling dekat menuju ke DST adalah melalui Pusat Ko takpun BE Learning. Ini tidak, punya jauh kami jalan, lalu HEPA, lalu library, jumpa SITC bru la sampai ke destinasi. 

Daripada nak elak penat, kami semua kepenatan. Sampai-sampai gelak je la yang boleh. Padahal nak cover dari kawan-kawan kami yang lain. Malu kot, dah sem 5 tapi tak ingat jalan. Blurrr. Hahaha. Tetapi Alhamdulillah, aku rasa paper hari ini better than minor. Sekarang cuma tawakal kepada Allah.

Sekian.
Selamat di ulit mimpi indah
Bukan mengigau ok
Haha

Jan 5, 2012

Mengigau

Haa, siapa yang tak pernah mengigau? Bohonglah kalau tak pernah, mesti ada sekali dua punye kan haha
Aku? hehe Aku tak payah cerita lah, ada la jugak sekali dua (padahal kantoi dengan rumate) haha

Menurut Kamus Dewan (2005:560) mengigau (sleeptalking atau somniloquy) dieertikan sebagai bercakap semasa tidur, meracau (ketika sedang tidur). Ia biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Fenomena mengigau biasanya berlaku jika seseorang itu mengalami penat yang melampau ataupun memendam masalah sendirian. 

Sleeptalking boleh terjadi dengan sendirinya dan merupakan salah satu ciri gangguan tidur seperti 
  1. Rapid eye movement behavoir disoder (RBD)
  2. Sleepwalking
  3. Night terror
  4. Sleep-related eating disoder (SRED)
Terdapat ramai yang mengalami gangguan tidur. Kira-kira 50% daripada kanak-kanak yang berumur diantara 3-10 tahun dan orang dewasa sebanyak 5% bercakap semasa tidur. Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2004 yang mana secara kasar 10% kanak-kanak bercakap semasa tidur paling kurang beberapa malam dalam satu minggu. Para penyelidik percaya bahawa gangguan ini mungkin berpunca daripada keluarga dan ia berlaku kepada perempuan dan juga lelaki. Kebanyakan mereka tidak sedar yang mereka mengigau sehinggala mereka diberitahu oleh orang lain. 

                                

Sebagai umat Islam, adalah baik jika kita mengamalkan adab tidur seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah
  • Tidur awal dan mengambil wuduk
  • Bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
  • Membaca doa sebelum tidur
  • Membaca 'tiga kul' iaitu Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas sebanyak 3 kali, kemudian hembuskan kepada kedua-dua tangan dan gosok ke seluruh badan sekadar yang mampu dicapai
  • Tidur di atas lambung sebelah kanan
  • Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar

Jan 2, 2012

3 hari



Jika diimbau kembali, rase seronok pun ada. Kenapa? Sebab 3 hari yang lepas syok gile dapat berjalan walaupun hanya ke tempat saudara-mara aku. Best jumpa sepupu, makcik, wak, pakcik, anak sedara yang comel2.


Destinasi pertama kami adalah ke Port Dickson. Di sana akak mak aku tinggal dan kami memanggilnya sebagai Wak Niah. Kenapa panggil Wak Niah? Sebab kami ni keturunan Jawa jadi, WAK ini melambangkan yang kita hormat mereka sebagai yang lebih arif. Tak kira la laki ke perempuan, tetap akan panggil wak.

Kami bergerak dari rumah pada pukul 11.00 pagi dan perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam setengah akhirnya membawa kami sampai ke tempat yang dituju. Yang paling aku teruja adalah laut. Haa, kalau nak tau, tempat yang Wak Niah aku tinggal ni memang dekat dengan laut. Syok kalau malam-malam rase angin laut, sejuk je, nyaman. Sepanjang perjalanan adalah pesisiran laut. Bila dah sampai tu, apa lagi kan kita berehat la di rumah. Pada malamnya, kami ziarah rumah sepupu aku merangkap anak Pak Ngah tapi dia tiada malam itu, dan hanya mak bapaknya yang kebetulan berada di rumah. Kami disajikan dengan satay tapi maaf cakap la, satay keras kebatun. Memang boleh dimakan tapi susah nak dikunyah.

Keesokan harinya, kami telah bercadang untuk pergi ke Muzium Tentera di Port Dickson. Mesti korang tau kan yang mana di PD memang terkenal dengan tenteranya. Sangat menakjubkan bila di sana. Peralatan-peralatan perang, meriam, peluru berpandu, dan macam-macam lagi la. Syokk. Aku kat sana hanya memenuhkan album handfon adik aku. Selepas itu, kami pergi ke pantai yang ada pulau buatan. Kata mak ku nama pantai tu Pantai Batu 4. Sangat cantik keindahan yang telah Tuhan ciptakan. Air laut yang sangat cantik, angin mendayu-dayu walaupun matahari tegak atas kepala.




Pada waktu petang, kami bergerak pula ke Kuala Lumpur untuk ke rumah Pak Su aku merangkap adik kepada abah. Walaupun perjalanan yang hanya mengambil masa 2 jam tapi pada aku sangat memabukkan kerana keadaan jalan yang seperti ular kena palu. Pening2. Kami akhirnya sampai di Jenderam Hilir atau lebih tepat lagi di Kg. al-Jenderami. Kalau korang nak tahu, tempat tersebut terdapat Kompleks Warga Emas dan juga anak-anak yatim. Maklumat lanjut boleh layari http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/

                              

Pada hari ketiga, kami akhirnya bergerak ke Tg. Malim a.k.a UPSI. Aku dapat tahu malam tahun baru berlaku satu demo di Pintu Timur tetapi aku tak amik port sangat. Kebanyakan yang terlibat ramai daripada luar. Dan akhirnya aku sampai juga ke rumah sewa atau lebih dikenali dalam kalangan kawan-kawan aku Setinggarden. Cun kan nama tu. Hehe

Cukuplah perjalanan selama 3 hari ni, sangat memenatkan tetapi menyeronokkan =))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...