Pages

Jan 7, 2012

Sesat

                                   

Ok, cerita sebelum labuhnya mata ni dengan harapan dapat tidur dengan tenang agar dapat jawab paper BM pagi esok (hari ni la)

Haa, sesat. Korang tau, aku boleh tersesat aka silap jalan. Hahaha. Dalam Kampus UPSI yang kecil molek ni pun boleh sesat. Agak-agak la kan, dah sem bape kot. Ish Ish. Yela, mane taknya, berkobar nak jawab soalan English kan, al maklumlah, ilmu penuh di dada hanya tinggal dicurahkan sahaja isi-isinya. 

Kami jalan penuh kenyakinan menuju ke Dewan Sri Tanjung yang berada di belakang SITC. Haa. Yakin itu penting walaupun salah bak kata kawan aku. Jalan punya jalan, rupa-rupanya kami baru perasan yang kami tersilap arah. Mana taknya, dah sampai library kot, padahal jalan yang paling dekat menuju ke DST adalah melalui Pusat Ko takpun BE Learning. Ini tidak, punya jauh kami jalan, lalu HEPA, lalu library, jumpa SITC bru la sampai ke destinasi. 

Daripada nak elak penat, kami semua kepenatan. Sampai-sampai gelak je la yang boleh. Padahal nak cover dari kawan-kawan kami yang lain. Malu kot, dah sem 5 tapi tak ingat jalan. Blurrr. Hahaha. Tetapi Alhamdulillah, aku rasa paper hari ini better than minor. Sekarang cuma tawakal kepada Allah.

Sekian.
Selamat di ulit mimpi indah
Bukan mengigau ok
Haha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...