Pages

Mar 6, 2012

SAHABAT



Sahabat,
Walaupun kita tidak rapat,
Walaupun kita tidak seperti belangkas
yang selalu bersama,
Tetapi engkau tetap pernah hadir dalam kehidupan aku.

Aku seakan tidak dapat menerima pemergianmu,
Tetapi aku tabahkan hati ini,
Ibarat awan hitam menyelubungi kala siang hari,
Aku tetap meneruskan langkah kaki ini.

Pernah suatu ketika
kita bergelak tawa bersama-sama,
Menerima ilmu yang sama,
Berjalan di atas bumi yang sama,
Tetapi engkau pergi dahulu.

Sahabat,
Aku doakan agar
engkau tenang di alam sana,
Al-fatihah...


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Dukacita di maklumkan, 5 orang pelajar UPSI telah mengalami kemalangan maut di Baling, Kedah. Kejadian yang berlaku pada pagi tadi menyebabkan 3 pelajar cedera dan menerima rawatan di Hospital Baling, manakala 2 pelajar yang meninggal di tempat kejadian. Berikut adalah pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut :

Meninggal Dunia :
...
1. Fatini bt. Muhammad – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

2. Nurul Hidayah bt. Abdul Aziz – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

Cedera :

1. Hamidah Bt. Mamat – Pelajar Semester 4, Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

2. Aisyah Mardhiah bt. Kamil – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

3. Abqariyyah bt. Ghazali – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPSI

Pihak Universiti ingin menghulurkan rasa simpati kepada pelajar-pelajar tersebut dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Fatini dan Nurul Hidayah. Semoga roh allahyarhamah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...